Posted by: amirkodi | March 3, 2008

Lebah Madu (Part 1)

K

amu semua telah sedia maklum tentang lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun di TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing di merata tempat. Tetapi saya yakin ada banyak juga yang kamu tidak tahu tentang mereka… Tidak berapa lama dahulu, ibu, ayah, dan saya telah pergi ke hutan untuk berjoging. Saya gembira di sana. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah seorang sahabat baru yang saya temui ketika kami beristirahat. Ia sangat kecil, tetapi ia amat bermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakan sahabat kecil saya ini. Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia? Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yang riang. Ia datang kepada saya dan terbang mengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya merasa takut disengat kerana ia terlalu hampir…Saya menjerit; “Jangan! Tolong jangan sengat saya. Saya tidak mahu dicederakan!” Dan kemudian sesuatu yang aneh berlaku, apabila lebah itu mula bercakap dengan saya. Si Lebah Madu: Saya tidak mahu menyengat kamu. Saya hanya mahu berkawan dengan kamu. Omar: Betulkah? Saya sangat berbesar hati mendengarnya. Si Lebah Madu: Biar saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seekor lebah pekerja. Saya tinggal di dalam batang pokok, bersama dengan beribu-ribu sahabat-sahabat saya. Omar: Wah! Kamu mempunyai sahabat-sahabat yang sangat ramai!…Bagaimana kamu dan sahabat-sahabat kamu meluangkan masa kamu? Si Lebah Madu: Kami membersihkan sarang kami, mengumpulkan makanan dan membawanya ke sarang, menghasilkan jeli raja, memanaskan sarang dan mengawalnya… Omar: Tidakkah kamu merasa letih melakukan semua perkara-perkara tersebut? Si Lebah Madu: Tidak. Kami lebah-lebah pekerja membahagikan tugas-tugas di dalam sarang di kalangan kami. Kerana itulah kami tidak pernah merasa letih. Contohnya, hari ini saya membina indung-indung madu untuk menyimpan madu… Omar: Ada satu benda tentang lebah yang sering menyebabkan saya tertanya-tanya; bagaimana kamu dilahirkan? Si Lebah Madu: Mungkin kamu pernah mendengar bahawa terdapat seorang ratu di dalam setiap gerombolan lebah madu. Lebah ratu adalah lebah betina paling besar di antara semua lebah betina lain. Ia mengeluarkan telur pada masa-masa tertentu. Tetapi kami tidak menetas daripada telur-telur ini serta merta. Apa yang menetas daripada telur-telur ini ialah ulat putih, yang dipanggil larva, tanpa mata, sayap atau kaki, dan ia tidak sedikit pun kelihatan seperti kami. Untuk beberapa lama ia kekal terbungkus di dalam sebuah kepompong. Dalam masa yang sama, ia diberikan makan secukupnya dan kemudian berubah daripada kepompong menjadi seperti saya.  Omar: Ia amat menakjubkan! Saya masih tertanya-tanya tentang satu perkara! Dalam keadaan begitu sesak, apakah tidak berlaku kekeliruan di dalam sarang kamu? Si Lebah Madu: Tidak pernah. Sebaliknya, ia sangat teratur. Beribu-ribu lebah tinggal bersama di dalam keadaan keharmonian sambil kami melakukan kerja-kerja kami. Omar: Ia sangat menarik! Saya masih tidak faham bagaimana kamu dapat berkeadaan teratur sedangkan jumlah kamu terlalu banyak! Ayah saya pengurus bangunan kami, dan dia menghadapi kesukaran untuk menjaga ketertiban di sana. Tetapi kamu menyatakan kamu tidak mempunyai masalah seperti ini. Si Lebah Madu: Memang patut kamu berasa terperanjat. Kami tahu pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik! Saya boleh memberitahu kamu jawapannya dengan pantas; Kami mempunyai tugas-tugas tertentu; kami bekerja keras dan melakukannya sebaik mungkin, dan juga kami cuba tidak mengganggu ketertiban di dalam sarang. Ketika mendengar lebah pekerja ini dalam keadaan kehairanan, saya mendengar ibu memanggil, “Omar! Omar! Di mana kamu?” Masanya untuk Omar beredar. Omar: Emak saya sedang memanggil saya. Saya rasa saya perlu pergi dahulu sekarang. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan kamu. Terima kasih di atas semua yang telah kamu ceritakan kepada saya! Si Lebah Madu: Saya juga gembira dengan kehadiran kamu. Mungkin, kita akan dapat bertemu lagi! Bagaimana kalau bertemu lagi di sini minggu depan? Jika kamu suka, saya boleh bawa kamu ke sarang kami dan tunjukkan kamu indung-indung madu. Omar: Ia tentu hebat! Tetapi, sudah tentu hanya jika ibu bapa saya bersetuju untuk datang lagi ke mari. Si Lebah Madu: Baiklah, semoga dapat bertemu kamu minggu hadapan! Sebaik sahaja saya sampai ke rumah, saya mengeluarkan ensiklopedia haiwan yang ayah saya hadiahkan kepada saya. Saya dengan segera menyelak halaman-halaman dan menemui bahagian tentang lebah madu. Benda pertama yang menarik perhatian saya ialah gambar kecil seekor lebah madu. Saya telah mula merindukan sahabat kecil saya… Saya membaca buku tersebut dengan penuh takjub. Saya sungguh hairan dengan apa yang saya baca sehinggakan saya tidak menyedari berapa lama masa telah berlalu. Ibu saya tertanya-tanya apa yang saya lakukan di dalam bilik saya begitu lama dan datang untuk melihat saya. Dengan gembiranya saya mula menceritakannya semua tentang lebah. Omar: Ibu, tahukah ibu bahawa lebah madu amat menakjubkan? Contohnya, biar saya ceritakan perkara terakhir yang saya baca ini; mungkin ibu pernah mendengar lebah-lebah betina melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam sel. Mereka membuang semua bahan-bahan yang ditinggalkan oleh lebah-lebah yang menetas daripada kepompong-kepompong mereka, lebah-lebah yang mati di dalam sarang dan banyak benda yang bukan kepunyaan sarang. Apakah ibu tahu apa yang mereka lakukan apabila mereka menemui sesuatu yang terlalu besar untuk mereka bawa keluar daripada sarang? Mereka mengawetnya dengan satu bahan yang dinamakan “propolis” untuk menghalangnya daripada menghasilkan bakteria dan menjejaskan kesihatan lebah-lebah yang lain di dalam sarang. Sukar untuk percaya, tetapi propolis adalah satu bahan anti-bakteria, iaitu, untuk menghalang pembiakan bakteria…Adakah ibu tahu di mana mereka mendapatkan bahan ini? Bagaimana makhluk-makhluk kecil ini mengetahui begitu banyak tentang kimia? Setakat itu sahaja yang telah saya baca. Mungkin saya boleh memberitahu bagaimana mereka membuat bahan ini kemudian. Ibu: Lebah adalah haiwan yang kecil tetapi sangat bijak…Bagaimanapun, adalah salah untuk menganggap kebijaksanaan ini kepunyaan mereka. Terdapat seorang Pencipta yang mengajar mereka segala yang mereka lakukan. Ketika ibu seusia kamu, ibu juga membaca sebuah buku tentang lebah madu yang amat mengagumkan ibu, sama seperti kamu. Kamu boleh teruskan membaca. Ibu suka mendengar lebih banyak tentang lebah madu bila-bila masa sahaja kamu mahu berkongsi apa yang telah kamu pelajari dengan ibu. Ibu saya keluar daripada bilik untuk menyediakan hidangan makan malam. Persoalan tersebut masih berlegar-legar di dalam fikiran saya; di mana lebah madu menemui bahan yang dinamakan propolis itu dan di mana mereka belajar menggunakannya? Saya terus membaca dengan penuh ingin tahu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: